Dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang, hanya seorang penceramah yang mengendalikan Seminar Bijak Belajar, Dr. Shukri Abdullah. Mereka yang tidak pernah melihat “Dr. Shukri Abdullah in action” barangkali berkata penceramah akan lembik menjelang tengah hari. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Dr.Shukri semakin lama semakin bertenaga sebenarnya ! 

Kerana kesungguhannya memastikan peserta mendapat yang terbaik serta pengalamannya yang banyak bersama pelajar dari bermacam latar belakang [pelbagai jenis sekolah (sekolah harian, MRSM, sekolah sains, SMKA, sekolah teknik, sekolah agama rakyat / swasta), rendah, menengah dan IPT serta pelajar dari pelbagai tahap umur, kelainan bangsa dan kumpulan etnik dsb.] maka Dr. Shukri Abdullah bijak dan berjaya mengawal peserta dengan baik.

Bagi Dr. Shukri, beliau bukan setahun dua terlibat dalam program pembelajaran bersama pelajar, tetapi sudah hampir 24 tahun ( 1990 HINGGA 2014 )