1

Seminar Bijak Belajar amat relevan dengan masalah yang dihadapi oleh pelajar berdasarkan topik-topik utama yang dibentangkan kepada pelajar.

Kesesuaian (relevancy) Seminar Bijak Belajar boleh dinilai dengan meneliti tajuk-tajuk UTAMA yang terdapat dalam seminar berkenaan.


TAJUK 1: PERTANGGUNGJAWABAN / AKAUNTABILITI:

Kita mulakan seminar dengan menekankan satu perkara berdasarkan ungkapan 

“Hidup adalah Projek-Buat-Sendiri”

Awal-awal lagi ditekankan 90% kejayaan bermula dengan diri sendiri. Ini amat penting dan relevan kerana ramai juga pelajar (dan juga ibu bapa) yang cenderung menuding jari kepada orang lain sekiranya mereka kurang berjaya. Seminar ini akan menyedarkan pelajar bahawa ibu bapa, guru, malah kawan-kawan hanya boleh membantu; tetapi DIRI SENDIRILAH YANG MENJADI PENENTU UTAMA SAMA ADA BERJAYA ATAU SEBALIKNYA. Seperti kata pujangga:

“Life is a do-it-yourself project”



TAJUK 2: STRATEGI BELAJAR MALAYSIAN TOP SCORER: 

Inilah topik yang terpanjang, mungkin terpenting. Ia meneliti kaedah belajar yang diamalkan oleh pelajar terbilang negara seperti Azali Azlan, Nik Madihah, Siti Fatimah, Nadiah Amirah, Nur Amalina, Quek Khai Ren, G.Muneswaran dan lain-lain (mereka skor di antara 14A – 21A dalam SPM). Penceramah akan menerangkan dengan terperinci, jelas dan mudah difahami berkenaan amalan pelajar tersebut.

Sama ada pelajar sekolah rendah atau menengah dan kini pelajar cemerlang, sederhana atau terkebelakang, semuanya boleh mendapat faedah yang besar apabila memahami strategi belajar berkenaan.Yang hebat perlu mengekalkan kehebatan mereka; yang sederhana mesti meningkatkan prestasi manakala yang berada di bawah tidak ada pilihan lain, kecuali mencari jalan untuk keluar dari lubuk kegagalan.