1 ( a )



TAJUK 3: MATLAMAT PEPERIKSAAN:

Dalam bahagian ini pula pelajar (a) diterangkan kepentingan memiliki matlamat peperiksaan yang khusus, jelas dan mencabar, (b) dibimbing membuat matlamat berkenaan dengan cara yang betul, dan (c) diajak untuk memanfaatkan matlamat ini selepas seminar sehingga hari peperiksaan.



TAJUK 4: PENGURUSAN MASA:

Menguruskanmasa ialah “menguruskan diri”, iaitu “MENGURUSKAN DIRI dalam MASA yang ada untuk MENCAPAI sesuatu MATLAMAT”. Justeru, masa hanya dapat diuruskan dengan berkesan sekiranya seseorang pelajar memiliki matlamat.Penceramah akan menerangkan bagaimana MENGGUNAKAN MASA dengan berkesan TANPA JADUAL WAKTU. Dalam membicarakan soal “masa”, topik ini adalah “eye and mind opener” bagi kebanyakan pelajar (termasuk guru !)



TAJUK 5: MEMBINA MINDA JUARA:

Untuk berjaya seseorang pelajar perlu “motivated” and “confidence” (bermotivasi dan berkeyakinan).Motivasi diperolehi dari matlamat belajar yang mencabar seperti yang telah dibicarakan dalam Topik 3. Justeru itu dalam tajuk ini pelajar akan diterangkan langkah-langkah untuk membina keyakinan diri untuk berjaya. Bukan teori dan bukan retorik laungan kosong berulang-ulangkali dengan ungkapan “kami boleh”, tetapi penceramah akan membimbing peserta secara jelas dan khusus tentang cara-cara membina keyakinan diri yang mantap.



TAJUK 6: DISIPLIN DIRI:

Walau apa pun, sesuatu matlamat itu tidak akan berhasil dicapai selagi apa-apa tindakan tidak diambil. Bahagian ini mengajak pelajar bertindak untuk mengambil langkah-langkah selanjutnya selepas tamat seminar.Di sinilah letaknya kepentingan memiliki disiplin diri yang tinggi. Kita mahu mengelak “sindrom coca-cola” yang berbuih dengan banyak tetapi hanya sekejap sahaja. Tidak berguna jika motivasi yang diperolehi hanya bertahan dua tiga hari atau lebih-lebih pun seminggu dua sahaja. Persoalan ini juga diberi liputan mendalam oleh penceramah.

Dari paparan di atas, jelas sekali relevannya Seminar Bijak Belajar dalam usaha memupuk kecemerlangan di kalangan pelajar. YES!!!